Saturday, December 26, 2009
Updates
Lama dah aku tak update blog ni. Malas....hahaha...
Untuk pengetahuan semua, sekarang ni aku dah sihat (cehh macam ade yang peduli lak kan?) ekeke....Alhamdulillah, aku da ok. Now dah kerje tempat baru. Company Bumi Medik Artificial Limb Center Sdn. Bhd. Company ni supply barang-barang untuk hospital and speacilaist buat kaki palsu. Kerja kat tempat ni, hari-hari aku jumpa orang potong kaki. 1st time ngeri gak, tp sekarang dah ok..ehehe..selain tu company ni supply barang macam kerusi roda, tongkat, dan macam-macam lagi la..
Buat masa ni, aku happy kerja kat sini dan harap kekal lama. Terima Kasih la En. Bakar kerana telah memilih saya...ekekeke...And thanks to kak Yantie yang banyak ajar sue...:)
Ok la,ini je wat masa ni..dah tak tahu nk tulis ape lagi...hehe
p/s: To SYAKIRA, Welcome babe..harap ko pn selesa kerja kat company ni nanti...See U on 4th jan 2010...
Wednesday, November 18, 2009
Terima Kasih Semua
Saat ni aku btl2 rs kehilangan......
blom pernah aku rs kehilangan cmni...
SAYANG smoga dirimu ABADI di alam sana.....
ibu akan sentiasa berdoa utkmu..
Di kesmpatan ini, aku nk ucapkn ribuan trima kasih kpd smua
yg memberi sokongan utk aku trs bertahan & harungi hdp ni...
ribuan terima kasih terutama kpd husband aku MUSTAIN..
t.ksh krn sentiasa di sisi ayg....
Ribuan t.ksh jg kpd mak & ayh, adik, makcik iyuk, makcik ulimah,
mak mertua aku, bang din & kak amy, adeq watie & family,..
kalian yg byk bg sue smgt & sentiasa ada di sisi sue...
Dan terima kasih gak kpd yg tlh dtg mlwt sue...
shakira, nani, uya,farah, mior, ayie,kak e'eik,
makcik sundu, makcik patana & family,
abg amin & family, pakcik ramli & isteri,
terima kasih kerana dtg lawat sue...
& terima ksh kpd smua kwn2
yg beri ucapan takziah kpd sue....
sue akan kenang jasa baik u all smua..
hnya Tuhan dpt membalas budi baik kalian....
p/s: klu ade nm2 yg xtersebut, sue minta maaf.mgkn sue lupa...apa pun, terima kasih byk2....
Anakku Sayang..............
Anak ku Sayang......
MUHAMAD SAID B. MUSTAIN
Maafkan Ibu sayang.........
Kerana ketidatsempurnaan ibu menjaga kamu.....
Anak ku Sayang......
Ayah & Ibu sayangkan kamu......
Teramat sayang......
Dan akan sentiasa menyangi kamu
hingga ke akhir hayat Ayah & Ibu.....
Biarpun kini kamu tiada di sisi Ayah & Ibu,
Namun kamu akan tetap di hati Ayah & Ibu..
Ayah & Ibu akan sentaiasa menyayangi & mencintai kamu...
Ayah & Ibu akan sentiasa mendoakan kamu bahagia di alam SANA...AMIN.....
Watie's Engagement
Kampung Halaman
setelah mencecah umur 24thn
baru kini aku menjejakkan kaki ke kampung halamanku
kampung yg diberi nama Kg Gelam..
yg terletak di Pulau Bawean di Indonesia....
dr sn lah asal usul org tua aku...
Pintu Gerbang masuk ke kampung
(org bandar msk kg kn, so mcm jakun sket la) ekekeke
mmg berbeza dgn keadaan bandar...
utk smpi ke kg ini, hrs merentasi laut
dgn menaiki ferri / kapal selama 3 jam lmnye.....
rindu kt nenek , sdara mara disn, suasana kg....
i.Allah jika di izinkn Tuhan.....
Friday, November 13, 2009
BIO-AURA
Ini salah satu produk kesihatan yg terkenal di negara kita...produk kesihatan untuk seisi keluarga anda...kini anda smua boleh dapati produk ini dengan harga yg berpatutan dan bagi yg kurang mampu, anda boleh dapatkn produk ini secara ansuran serendah RM100 shj sebulan...Tunggu apa lagi....inilah peluang anda...untuk menetahui lebih lanjut klik disini....
Untuk tempahan, anda boleh terus hubungi saya...012-2739097.
Tuesday, July 14, 2009
Pregnancy...........
Sunday, June 28, 2009
mA_LuvLy s!stEr
Tuesday, June 23, 2009
Amalan Pemakanan Untuk Ibu Mengandung
SUSU - 2 atau 3 gelas setiap hari atau gantikan dengan susu kacang soya atau dadih jika tidak gemar susu lembu- NASI/ROTI - 5 hidangan sehari
- PROTEIN - Iaitu daging, ikan, kerang, organ lembu. 2 hidangan sehari dan boleh diganti dengan kekacang, tauhu, tempe
- TELUR - 1 biji sehari atau 5 - 6 biji seminggu
- SAYUR-SAYURAN - 2 hidangan sehari
- BUAH-BUAHAN - 2 hidangan sehari
- AIR - Tidak kurang 8 gelas sehari
Amalan Ketika Mengandung
1. Surah Yusuf: Utk mendapatkan anak yang comel/cantik
2. Surah Luqman: Utk mendapatkan anak yang bijak/pintar/pandai
3. Surah Maryam: Utk mendapatkan anak yang soleh
4. Surah An-Nahl ayat 78: Utk memudahkan bersalin (dengan izin Allah SWT)
5. Surah Al-Fatihah
6. Surah Yaasin
7. Surah Ayatul Kursi
8. Surah Al-Araaf ayat 189
9. Surah Al-Imran ayat 38: Doa memohon anak yang baik
10. Surah Al-Imran ayat 8-9: Doa memohon rahmat
11. Surah Ibrahim ayat 40: Doa agar anak tetap mengerjakan solat
12. Surah Al-Baqarah ayat 128: Doa agar anak patuh kepada Allah SWT
13. Surah Yassin ayat 22 - 23: Untuk menjaga aqidah/memberi hidayah kepada anak
14. Surah As-Sajdah ayat 7-9: Doa agar anak menjadi orang yang soleh dan baik
15. Surah Al-Furqan ayat 74: Doa agar dikurniakan anak yang menyejukkan/menyenangkan hati ibu bapa/doa untuk mendisiplinkan anak/doa untuk kebahagiaan sekeluarga.
Petua & Amalan Ketika Hamil
- Bagi ibu-ibu yang mengandung digalakkan supaya memperbanyakkan bacaan Al-Quran terutama surah Yusuf, Mariam, Luqman dan At-Taubah.
- Ibu hendaklah sentiasa berdoa kepada Allah S.W.T agar anak yang bakal dilahirkan itu nanti menjadi seorang anak yang soleh, berilmu, beriman, bertakwa dan berakhlak mulia.
- Ibu bapa hendaklah mendapat rezeki daripada sumber yang halal supaya benih yang bakal dilahirkan itu nanti datang daripada darah daging yang halal.
- Ibu hendaklah makan makanan yang berzat dan sentiasa menjaga kesihatan tubuh badannya. Kebersihan diri hendaklah diutamakan bagi menjamin kesihatan anak-anak dalam kandungan. Faktor kesihatan amat dititikberatkan oleh Islam sehingga Islam memberikan kelonggaran kepada ibu yang mengandung untuk berbuka puasa sekiranya merasakan puasa itu menjejaskan kesihatan diri dan anaknya.
- Ketika mengandung, ibu perlulah menyesuaikan diri dengan perubahan perubahan yang berlaku kepada dirinya. Pada waktu begini sememangnya keadaan ibu agak berbeza dari waktu - waktu biasa, terutamanya bagi ibu yang bakal melahirkan anak yang pertama. Mungkin selera makannya hilang, perasaan agak terganggu(sensitif) dan hatinya boleh berdebar-debar kerana bayi dalam kandungannya itu adalah sebahagian daripada dirinya. Ketika ini para suami hendaklah lebih memahami keadaan isteri serta memberi dorongan yang kuat kepadanya.
AMALAN SUNAT SEMASA MENGANDUNG & SELEPAS BERSALIN
Semasa mengandung merupakan masa yang banyak mengalami perubahan emosi dan fizikal. Di samping itu mengandung juga merupakan suatu harapan dan cita-cita sebuah perkahwinan. Oleh itu banyak amalan-amalan yang sunat dilakukan semasa mengandung agar zuriat yang bakal lahir itu nanti menjadi generasi yang cemerlang, baik di dunia dan di akhirat.
Dalam mencapai matlamat tersebut, anak itu mestilah ditarbiyah sejak dia masih janin lagi atau semasa di dalam kandungan. Tingkah laku ibu bapa yang baik semasa ibu itu sedang hamil merupakan satu pendidikan awal. Di antara amalan-amalan yang sunat dilakukan ketika sedang hamil ialah memperbanyakkan membaca ayat-ayat Al-Qur‘an dan berdoa, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu Sunni daripada Fatimah Radhiallahu ‘anha yang maksudnya :
“Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam apabila (Fatimah) hampir melahirkan, Rasulullah memerintahkan Ummu Salamah dan Zainab binti Jahsyin menghampir Fatimah maka Baginda membaca ayat Al-Kursi dan surah Al-‘Araf (ayat 54) di sisi Fatimah dan memohon perlindungan kepada Allah dengan membaca surah Al-Falaq dan An-Nas”.
Doa yang sunat dibaca ketika hamil itu termasuklah doa Nabi Yunus ‘alaihissalam yang tafsirnya :
“Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan engkau (Ya Allah!) Maha Suci engkau (daripada melakukan aniaya, tolonglah aku!) Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri”.(Surah Al-Anbiya‘: 87)
Begitu juga bagi ibu-ibu yang sukar bersalin, Ibnu Abbas meriwayatkan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda yang maksudnya :
“Apabila seorang perempuan itu sukar bersalin, tuliskan di dalam bejana surah Al-Ahqab (ayat 35) dan surah Al-Nazi‘at (ayat 46), kemudian air itu disapukan dan diminum serta disapukan di perut dan kemaluannya”.(Hadis riwayat Ibnu Sunni)
Pada kebiasaannya selepas melahirkan anak, Islam telah menggariskan cara yang sebaik-baiknya menyambut kelahiran anak tersebut. Antaranya ialah memberikan ucapan tahniah dan merasa gembira di atas kelahiran anak tersebut, menyerukan azan dan iqamah, mentahniq, mencukur rambut, memberi nama, aqiqah dan sebagainya yang telahpun dikeluarkan dalam ruangan Irsyad Hukum terdahulu.
MANDI KERANA WILADAH DAN NIFAS
Para ulama telah ijmak mengatakan bahawa wajib mandi dengan sebab keluar darah nifas. Termasuk di dalam perkara yang mewajibkan mandi ialah wiladah iaitu mandi kerana beranak, sekalipun melahirkan tanpa basah (darah). Begitu juga bagi perempuan yang mengalami keguguran anak, tidak terkecuali daripada kewajipan mandi, sama ada keguguran itu hanya berupa darah beku (‘alaqah) ataupun hanya berbentuk seketul daging (mudhghah).
Bagi sebilangan perempuan yang terpaksa menjalani pembedahan perut untuk mengeluarkan anak, maka dikategorikan hal yang sedemikian itu sebagai wiladah maka wajib ke atas perempuan tersebut melakukan mandi.
Perlu diingat, mandi kerana beranak dan mandi kerana nifas mempunyai perbezaan. Bagi mengelak kekeliruan, maka darah nifas ialah darah yang keluar dari rahim perempuan selepas melahirkan anak sekalipun hanya setitik. Bermulanya darah nifas itu keluar sebelum berlalu lima belas hari setelah seseorang perempuan melahirkan anak. Andaikata darah itu tidak keluar melainkan setelah berlalu masa selama lima belas hari atau lebih, maka darah yang keluar itu tidak dikatakan sebagai nifas tetapi ia merupakan darah haidh. Maka dalam hal ini perempuan tersebut diwajibkan mandi kerana nifas.
Manakala mandi kerana wiladah ialah apabila seorang perempuan itu melahirkan anak atau mengalami keguguran anak sekalipun hanya berupa darah beku (‘alaqah) atau hanya berbentuk seketul daging (mudhghah). Maka wajib bagi perempuan itu mandi kerana beranak (wiladah) setelah berlakunya kelahiran atau keguguran sebagaimana disebutkan.
Maka apabila seorang perempuan telah melahirkan anak, dia wajib mandi kerana beranak (wiladah) dan wajib juga ke atasnya mandi nifas setelah berhenti darahnya atau habis tempoh masa yang sederhana iaitu empat puluh hari empat puluh malam atau masa paling maksima selama enam puloh hari enam puloh malam.
Sayugia diperingatkan bahawa adalah wajib bagi seorang perempuan itu mengetahui hukum-hukum berkaitan dengan mandi wiladah dan mandi kerana nifas, dan wajarlah bagi suami yang mengetahuinya mengajarkan hukum-hukum tersebut kepada isteri masing-masing.
Mengikut Kamus Dewan tembuni atau uri ialah sampul tian atau uri yang bersambung dengan tali pusat yang keluar sesudah bayi dilahirkan. Ia juga disebut tebuni oleh sebilangan orang tempatan.
Bagi mereka yang melahirkan anak di rumah sakit, pada kebiasaannya, tembuni diserahkan kepada pihak keluarga perempuan yang telah bersalin. Berbagai cara pengendalian tembuni yang dilakukan oleh masyarakat kita. Pada kebiasaannya, tembuni tersebut terlebih dahulu dibersihkan. Selepas itu tembuni akan disimpan dalam bayung atau dibungkus dalam suatu bekas untuk ditanam. Ada sebahagian orang menggantungkannya di tiang atau pohon pokok dan didapati juga menyimpannya. Selain itu ada juga orang membuangkannya ke dalam tong sampah atau menghanyutkannya di sungai-sungai.
Menurut ulamak Syafi‘e anggota-anggota badan yang haram dilihat sama ada daripada anggota lelaki seperti bulu ari-ari atau daripada anggota perempuan seperti rambut dan kuku, apabila benda-benda tersebut bercerai daripada badan maka wajib benda-benda tersebut ditanam.
Maka tembuni atau uri selepas bersalin itu tidak wajib ditanam kerana ia bukan daripada anggota badan. Walau bagaimanapun cara yang elok (sunat) dalam mengurus tembuni itu ialah dengan menanamnya. Sepertimana juga kuku atau rambut lelaki sunat ditanam kerana ia merupaka anggota badan yang tidak haram dilihat. Berlainan halnya dengan rambut atau kuku, ia merupakan anggota badan yang haram dilihat oleh lelaki yang bukan mahram, maka anggota-anggota tersebut wajiblah ditanam.
Oleh yang demikian sewajarnya orang Islam mengetahui adab-adab Islam dan tidak mengabaikannya kerana Islam mengajarkan umatnya dari semua sudut kehidupan termasuk menjaga kebersihan diri dan anggota tubuh badan hinggalah kebersihan rumah dan halaman. Hal ini telah disabdakan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam maksudnya:
“Sesungguhnya (Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam) bersabda: “Bersihkanlah halaman (rumah) kamu”.(Hadis riwayat Al-Tarmizi)
petikan dr http://www.geocities.com/ibudanbayi/petua_hamil.htm
Monday, June 22, 2009
WELCOME MY DEAR..........
N yg aku xleh lupe, tgk reaksi husband aku kt klinik smlm...ekeke...kuar je dr blk,kt kaunter amik ubt, dia tersengih2 sorg2...senyum2...hehhee...mgkn tlalu happy....ye la cz da lm kami tgu...
alhamdulillah.....rezeki kami da smpi....
selamat datang anakku.....ayah & bonda tidak sabar menunggu kehadiranmu.......(alamak rs sebak lak)
Friday, June 19, 2009
_fwENs_
Thursday, June 18, 2009
zUr!Na's wEEdiNg
Babe,
p/s : TAKZIAH buat ct wan mahani di atas pemergian tunang tersayang..
Wednesday, June 3, 2009
AKU FADUP!!!!
Lately ni hr2 aku pnuh dgn hr2 yg mbosan kn...Byk hal yg sentiasa buat aku rs mluat...aku xspttnya rs cm2 ngn sesapa,tp,aku ni cm manusia biase xleh lari dr prsn 2...
aku da bosan & mluat sgt2..................
- dgr mslh yg sm.....
- mlyn kerenah org yg mnyakitkn ht
- penuhi kprluan org yg xtahu berterima kasih
- tlg org yg xtahu menghargai bantuan org lain
- org yg xsdr diri
- org yg suke mnyushkn org lain
- org yg lupa tanggungjwb
- mlyn kerenah bdk yg mngada2
- org yg prsn cntk
- org yg prsn BAGUS
AKU DA FADUP.................................................
N kpd org2 ni, ubah2 la sikap anda...cuba la jgn buat org mluat dgn prgi anda...tahap ksbrn org ada btsnya...cb la hargai apa yg tlh org lain buat utk anda & bljr berterima kasih pd org lain....laksanakan tanggungjwb anda...cb hargai prsn org lain dsekeliling anda....
nEw jOB
Gifu Marketing (M) Sdn. Bhd. Sebuah company import export brg...
Ni la tempat kerja baru aku..png gak kj ni..lain dr bdg sblm ni..Yesterday br dpt 1st salary, RM7++ only..Rasa mcm tak best je dpt gaji ciput..(sikit dr kj sblm ni)..hhhmmmm....
Its ok,ALHAMDULILLAH..sekurang2nya aku dpt keje..aku akn cube kuatkn semangat...utk bertahan..start from 0..