Wednesday, July 30, 2008

Let's Hold Hands


"I wanna live in a wooden house,
Where making more friends would be easy,
I wanna live where the sun comes out..."
-Coldplay-



This coming first Sunday of August (falls on 3rd August) signifies world friendship day. There is nothing big about this particular day (no public holiday after all), but it is mainly celebrated among friends to strengthen the existing bond or friendship. Truthfully, I'll be celebrating friendship day for the first time in my life. Quite looking forward for it. The reason I never celebrate it before is simple. I hadn't found my true friends until a year ago. I mean, I never bothered about having true friends back then. At least, now I have a reason to celebrate, right. Me and my BFFs are planning to do some celebration, we'll see how it goes. Hopefully, those BFFs who are invited to join will come. This day comes only once a year guys, it's like birthday. So, see you guys there. (*hugs and kisses*)









p/s: For me, friendship is like holding hands, like we used to do when we were kids.. Once holding, you never let them go. 'In sick and in health, sadness and happiness, hands are held, together we get through...daa..



by: syakira

Monday, July 28, 2008

VitamiNs






















p/s: hope info nih baik utk u olls smua...info ni aku dpt dr seorg kwn..just want 2 share wit u olls..vitamin nih penting..utk kekalkan kesihatan yg baik ubahlah cara pemakanan anda smua k..utk aku gak hehehe.....

Thursday, July 24, 2008

Astagfirullahhalazim........

ngucap panjang aku pg2 nih....smpi je opis aku breakfast sambil bc news metro on9 kt internet...yg buat aku ngucap panjang,bile bc berita ni "Main zina-zina"..dan yang lbh memeranjatkan,melibatkan budak bwh umo yg belum baligh..antara 10-12thn...can u olls imagine????bdk sekolah rendah ni...tp da tau benda2 mcm ni.... bdk2 ni skg di antar ke pusat pemulihan akhlak..blom baligh lg da bemasalh...hmm...ape la nk jd ngn zmn skg nih..mcm2 hal... cb la u oll bc pengakuan diorg ni...sumber ni dipetik dr harian metro yg di tulis Oleh


Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Mohd Fauzi Abdullah am@hmetro.com.my
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/Mutakhir/20080725091303/Article

"Katanya, seorang daripada murid terbabit yang dikenali sebagai Amir, 11, mendakwa gagal mengawal nafsu sebelum mencabul kehormatan adik kandung sendiri berusia enam tahun.“Amir yang berasal dari pinggir ibu kota mendakwa kerap menonton VCD lucah yang akhirnya mendorong dia menjadikan adik kandung sendiri sebagai mangsa pemuas nafsu.“Saya diberitahu ketika kejadian, Amir menonton VCD lucah bersama rakan di rumah ketika ibu dan bapa keluar bekerja,” katanya.Akibat tidak dapat mengawal gelojak nafsu, Amir menarik adiknya masuk ke bilik sebaik rakan beredar.“Adiknya yang berusia enam tahun tidak mampu berbuat apa-apa berikutan si abang lebih ‘pandai’ akibat terpengaruh dengan perbuatan dalam VCD lucah. Malah, dia memberitahu, perbuatan terbabit sekadar ‘main rogol-rogol’ saja,” katanya.Beliau berkata, perbuatan tidak bermoral kanak-kanak terbabit hanya diketahui ibu bapanya selepas adik perempuan mengadu mengenai perlakuan jijik si abang.“Amir memberitahu dia dipukul teruk dan tidak dibenar keluar rumah serta bergaul dengan rakan hingga dihantar ke pusat itu untuk mendapat bimbingan,” katanya.Ahmadi berkata, Amir mendakwa mudah mendapatkan VCD lucah daripada rakan selain membelinya di pasar malam berhampiran dengan menggunakan wang saku pemberian ibu bapa.Seorang murid yang dikenali sebagai Ashraf, 10, pula mengaku melakukan perbuatan ‘main rogol-rogol’ itu bersama kakak saudaranya yang berusia 12 tahun dan puncanya juga sama iaitu pengaruh VCD lucah.“Ashraf memberitahu, ketika kejadian dia dan kakak saudaranya menonton VCD lucah bersama selama dua jam sebelum kanak-kanak perempuan itu mengajaknya ke bilik,” katanya.Selepas itu, katanya, mereka melakukan aksi sama seperti dalam VCD berkenaan selama lima minit sebelum dilihat bapa tiri Ashraf yang pulang ke rumah.Seorang lagi murid berusia 11 tahun dikenali sebagai Kamal terjebak dengan aktiviti ‘main rogol-rogol’ bersama adik saudaranya.Kanak-kanak berkenaan yang tinggal di ibu negara mendakwa terpengaruh melakukan seks selepas menonton VCD lucah yang dipinjam daripada rakan.Pengakuan jujur ketiga-tiga murid terbabit yang dirakamkan menggunakan perakam video dianggap gejala sosial memeranjatkan berikutan membabitkan kanak-kanak belum baligh."

c guys,kanak2 skrg sgt mudah terpengaruh dgn benda2 mcm ni..siapa yg kite nak slhkn bile da jd benda mcm nih? nk salah parent? mereka sebuk bekerja mencari nafkah..tp,rsnye mmg parent kn mainkn peranan yg lbh dlm bab ni..sentiasa mengambil tau apa yg dilakukan ank2..dan harus pastikan ank2 berada dlm jagaan org ketika ketiadaan mereka dirumah..mengawal pergaulan ank2 juga penting..mengenal siapa kwn2 mereka..pendidikan agama juga rsnye sgt penting utk kanak2 seumur mereka ni...terapkan mereka dgn pendidikan agama yg secukupnya..Insya Allah,benda2 mcm ni xkn tjd...

p/s: benda ni btl2 bg pengajaran utk aku sblm aku ade ank...byk benda yg perlu dititik beratkn..mmg ssh kn?n hopefully,aku dpt bimbing anak2 aku nnt....

yEay!!!! laki aku balik hari ni..........hehehe

huhhh....penat giler kj ri ni...penat gak kj sorg2 ni..tp tenang..xde la sakit jantung jek..hehhh...tp klu balik umah je mesti busan laki aku xde..masuk hr ni da 4hari laki aku xde...g outstation...gilak la,memang rs laen dey....tdo sorg2..hahahha...sunyi sepi jek dia xde...klu x dia la yg wat riuh kt umh....


MISS him so much.....

gile lm tol g outstaion..boss dia pn 1,xde org laen dia nk anta g kedah 2,alih2 laki aku gak..gaji xnaik2..kj nk lebey jek...ape pnye ciput company nih...hehhhhhh....Tp,hari ni aku hepi sgt sebab LAKI aku da nak balik...hehehehe....skg ni otw blk....so xde la mkn sorg2,tdo sorg2 mlm ni...hehehe...tp kn,sbnrnye bile dia xde nih aku rs FREE sket..hahahha....FREDOM....leh bgn lmbt...xyh sebuk nk pkr msk ape..ptg blk kj,xyh rush2 sebuk wat air la ape la...heheheh....basuh baju pn xbyk...hahhaa...start 2mrw,back 2 normal....kn wat smua balik....huhuhuhuhu........Yg pastinya,sunyi sepi kt rumah aku laki aku xde...hahha..pasni,riuh blk la....


MISS U SAYANG.......................




p/s: ok syg..........i'm waiting..............

Tuesday, July 15, 2008

KITA BERTANYA


Bila Allah Cepat makbulkan doamu, maka Dia menyayangimu. Bila Allah Lambat memakbulkan doamu, maka Dia ingin mengujimu Bila Allah Tidak memakbulkan doamu, Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.Oleh itu sentiasalah bersangka baik kepada Allah dalam apa jua keadaanpun kerana kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaanNya….


KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
AL-QURAN MENJAWAB:

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”

-Surah Al-Ankabut ayat 2-3


KITA BERTANYA : KENAPA AKU TIDAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?
AL-QURAN MENJAWAB

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”

Surah Al-Baqarah ayat 216


KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
AL-QURAN MENJAWAB
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”

Surah Al-Baqarah ayat 286


KITA BERTANYA : KENAPA RASA KECEWA?
AL-QURAN MENJAWAB

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.”

Surah Al-Imran ayat 139


KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
AL-QURAN MENJAWAB

“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).”


KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
AL-QURAN MENJAWAB

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”

Surah Al-Baqarah ayat 45


KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
AL-QURAN MENJAWAB

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka…… ”

Surah At-Taubah ayat 111


KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP ?
AL-QURAN MENJAWAB

“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.”

Surah At-Taubah ayat 129


KITA BERKATA : AKU TIDAK DAPAT TAHAN!
AL-QURAN MENJAWAB

“… ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.”

Surah Yusuf ayat 12


Sekurang2nya ada 2 perkara yg kita perlu sedari dlm menerima ketentuan Allah.

1. ada ketikanya kita terlalu inginkan sesuatu, lalu kita berdoa agar diperkenankan. namun jika Allah x menghendakinya keinginnan itu mungkin tidak menjadi kenyataan.

2. kadang2 kita tak mahu perkara buruk menimpa kita lalu kita berdoa memohon dijauhkan bala bencana. namun ketentuan Allah kita terpaksa menerimanya w/pun terlalu pahit utk ditelan. itulah ketentuan Allah yg sudah mempunyai hikmah yg tersendiri.


Sunday, July 13, 2008

Kesan Zikir Terhadap Otak Manusia

Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabk an untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.





Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.

Thursday, July 10, 2008

Rahsia 13

Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu......

1 - Niat Sembahyang :
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.


2 - Berdiri Betul :
Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 - Takbir-ratul Ihram :
Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 - Fatihah :
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5 - Ruqu' :
Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 - I'tidal :
Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.

7 - Sujud :
Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 - Duduk antara 2 Sujud :
Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) :
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

1 0 - Tahhiyat Akhir :
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11 - Selawat Nabi :
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 - Salam :
Memelihara kita di dalam kubur.

13 - Tertib :
Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.




Wajah & Hati Yang Cantik

info yang boleh dikongsi bersama kawan2.

· Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minimal 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menetes dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo'a.

· Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah 'olahraga'. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do'a.

· Untuk
pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaqku). (HR Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN

· Untuk punya
bibir cantik , bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takabur.

· Agar
tubuh langsing , mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

· Untuk
mengembangkan diri , sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi

Tuesday, July 8, 2008

Jalan2 tGk jErUNg @ cAre4 AmpUNk

Care4 Ampang
Ahad, 6.7.08, 5p.m
Ahad lps btol2 bosan.pagi aku kn keje kt kdi cake ganti feeza..dia blk kg katenye.ntah btol ke tak aku pn xtau..balik kj rehat tdo kat umh..ptg mak aku kol suh amik blk kj.otw antar mak aku blk umh,nampak lak banner kt jln psl jerung kt care4...btol kew?excited aku ngn laki aku nak g tgk..betul kew? tgk pic jerung 2 ngn gigi rs excited giler nk g tgk..then pas antar mak,kitorg pn g la care4..nsb dekat jek ngn umh aku..save minyak..hehehhe....
rmai tol otg..aku dok pkr mesti diorg smua mcm aku gak..excited nk tgk jerung..then aku ngn laki aku pn msk la cr kt mn tmpt jerung 2....smpi je, hampeh tol...igtkn jerung besar dlm kolam ke ape rupenye ank jerung dlm aquarium jek...cam bodoh jek...tp xpew la ank jerung pn jerung la...aku gelakkn laki aku..hahahha ..sb dia yg over excited..hehehhehe....
*sian abg...........

ha,ni la anak jerung yg excited sgt kitorg nk tgk 2...hehehehehehe

tp ok la ade gak ikan2 lain..laki aku suke la benda2 nih.. nm pn kaki pancing 4 sure suke ngn ikan..
yg kt atas ni lak pari...1st time tgk pari live ni..hehehe.jakun tol aku ni..klu pari yg da ptg2 yg mak aku wat msk asam pedas 2 slalu la aku tgk.hehehe

yg ni lak ikan baung namanye..ikn nih dok diam je..xmcm ikn2 lain gedik kehulur kehilir..hehehhe

cantik ikn ni....

ni plak ikan belide namenye...name bkn main pelik..ptt pn rupe pelik....


ni ikan rohu plak...

yg beso lebar ni ikan pacu namenye...beso n lebar..klu msk puas hati nih..byk isi..hehehe

n yg last ni ikan ape ntah aku lupe lak nk tnye laki aku...ikn ni kck2.cm yg menarik ade no disetiap bdn ikan2 nih...cb korg perhati btl2...nombor 2 kaler mearh..klu cina yg gile nombor2 ong,mesti beli ikn nih....yg abg kt blkg tuh tau aku nk amik pic,sebuk je kt c2...

sebenarnye byk lg ikn kt c2,ikan mas la,ketam la,mmm mcm2 lg la...tp aku mls nk amik pic..org rmi sgt..aku lemassssss...pe la diorg ni kn,klu nk wat pameran cmni,amik la bapak jerung..baru syok tgk....msk pki ticket pn xpew...ni,stakat ank jerung...hmmm...saje je nk wat kitorg dtg shopg kt c2..dr niat dtg tgk ikn da jd shopg lak..habis duit laki aku...hehehehhehe..........

lesson: jgn terpengaruh dgn iklan semata2...hehehhe

Friday, July 4, 2008

Minda: Suburkan kasih sayang dengan mengawal marah

SEBAGAI manusia, sifat marah memang ada dalam hati dan jiwa seseorang. Bagaimanapun, sifat marah boleh dikawal agar tidak berleluasa daripada menyelubungi perasaan dan tindakan kita.
Pakar psikologi menyatakan sifat marah biasanya berpunca daripada sesuatu sebab atau kesan yang menyebabkan seseorang itu melahirkannya dalam bentuk tindakan dan berasa tidak selesa apabila tidak berbuat demikian.

Menurut ahli sufi, marah disebabkan kepenuhan darah hati dan bertujuan membalas dendam terhadap seseorang.
Rasulullah s.a.w pernah menasihatkan Mu’awiyah: “Wahai Mu’awiyah, jauhkan olehmu sifat marah, kerana marah itu dapat merosakkan iman seseorang sebagaimana pahit jadam merosakkan madu yang manis.” Marah berasal daripada syaitan, kerana syaitan dijadikan daripada api dan ia hanya dapat dibunuh dengan air. Justeru, Nabi menasihatkan agar orang yang sedang marah mengambil wuduk. Dalam sebuah hadis Qudsi, Allah s.w.t berfirman bermaksud: “Wahai anak Adam, sebutlah nama-Ku apabila engkau marah, supaya Aku ingat pula akan engkau, dengan demikian apabila Aku marah tidaklah Aku menurunkan malapetaka atasmu.”

Itulah sebabnya satu daripada amal terbaik ialah menahan diri ketika marah dan sabar sewaktu hawa nafsu meluap-luap. Dapat dinilai orang yang baik itu harus nampak kebaikannya ketika marah bukan pada ketika dia riang gembira. Rasa takut kepada Allah dapat menghilangkan rasa marah kerana marah itu datang ketika seseorang melupakan Tuhannya. Hanya Allah berhak marah terhadap hamba-Nya yang ingkar dan melakukan kemaksiatan. Kemarahan akan menghancurkan segala kebaikan yang ada. Kita sebagai hamba patutlah mengawal kemarahan supaya tidak menjadi mangsa malapetaka yang boleh terjadi akibat kemarahan.

Sebagai bapa atau ibu, sifat marah anak ini patut dikawal sebaiknya agar mereka tidak menjadi mangsa kemarahan tanpa sebab dan anak tidak akan menyimpan dendam terhadap kemarahan ibu bapa mereka. Islam mengajar umatnya mengambil berat perihal hubungan murni antara anak dengan ibu bapa. Ia teras penting dalam kehidupan rumah tangga.Sementara anak pula wajib menghormati ibu bapa selagi mereka tidak menyuruh kepada perkara dilarang Allah. Ia penghormatan terhadap insan yang melahir dan mendidik mereka. Seseorang anak mestilah menjaga lidahnya supaya tidak memarahi ibu bapa mereka, apatah lagi apabila kedua-duanya tua dan uzur.

Allah menegaskan dalam al-Quran yang bermaksud: “Jika salah seorang daripada kedua-duanya (ibu bapa), atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ah!” dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (bersopan santun).” (Surah Al-Isra:23)

Di pihak ibu bapa pula, sikap sayang menyayangi antara anak dan ibu bapa harus diwujudkan dalam rumah tangga. Hindarilah sifat marah tanpa sebab kerana ia boleh menjadi punca renggang kasih sayang antara anak dan ibu bapa.Keluarga bahagia memang menjadi idaman setiap insan. Namun, sepanjang hidup sebumbung ada ketikanya suami marah terhadap isteri, terhadap anak, hal kewangan, makanan dan bermacam-macam lagi hal rumah tangga. Begitu juga sikap sesetengah ibu yang suka berleter kerana rumah tidak berkemas, atau sampah bertaburan di luar rumah, pinggan mangkuk dan kain baju tidak dibasuh.

Apa pun puncanya, sifat marah keterlaluan boleh mengeruhkan suasana hingga menjejaskan hubungan kasih sayang antara suami isteri, ibu bapa dan anak. Hubungan boleh menjadi renggang, boleh menimbulkan penderaan terhadap anak ataupun lebih buruk lagi perceraian suami isteri.Sifat marah juga boleh merosakkan dan mengakibatkan kemusnahan jika tidak dikawal dengan hati yang rasional dan fikiran tenang.

Firman Allah yang bermaksud: “Berlaku kerosakan di daratan dan lautan (akibat) daripada perbuatan tangan manusia supaya kami rasakan kepada mereka sebahagian daripada perbuatan mereka itu, semoga mereka akan kembali.” (Surah ar-Rum: 41)

Dalam hal ini, kita harus mengambil sikap toleransi dan persefahaman sesama manusia. Elakkan sebab atau punca yang boleh menyebabkan orang lain memarahi kita. Sifat marah yang tidak terkawal boleh mengakibatkan kerosakan. Marah memang sifat semula jadi manusia, berpunca daripada keadaan tidak adil, disindir, dihina, dituduh bukan-bukan, diperalat, difitnah dan diancam kehilangan sesuatu yang berharga.

-Jika kita berhadapan dengan orang sedang marah, cubalah hadapi dengan langkah berikut:
-Beri peluang orang sedang marah itu bercakap atau meluahkan terlebih dahulu punca kemarahannya.
-Ketika berhadapan dengan individu sedang marah, jangan menyampuk dan merendahkannya.
-Kaji punca kemarahannya dan cuba atasi. Sekiranya berpunca daripada kesilapan kita, mintalah maaf daripadanya.
-Cubalah bertanya beberapa soalan bagi membantu menyelesaikan masalahnya. Terima kemarahannya dengan tenang.

dipetik dari Harian Metro, Jumaat 4/7/08

Thursday, July 3, 2008

Marriage Life Before and After !!

Before marriage.
Darling here.. darling there...
After marriage.
Baling here... baling there..

Before marriage.
I die for you. . .
After marriage.
"You die, up to you. "
Lagi lama married.
You want to die? I help you!

Before marriage.
You go anywhere. . I follow you.
After marriage. .
You go anywhere. . up to you .
Lagi lama married.
I go anywhere, better go without you!!

Before wedding
you are my heart, you are my love"
After wedding
"you get on my nerves. "

Before wedding
"you are sweet and kind just like Cinderella"
After wedding
"you are worse than godzila"

Before wedding
Roses are red, violets are blue. Like it or not, I'm stuck with you
After wedding
Roses are dead, I am blue. You get on my head, I will sue you

Before wedding
Every makan he brings you to Shangri-La
After wedding
You want to go, he says you wait-la

Before wedding
She looks like Anita Sarawak
After wedding
Don't know whether katak or biawak

Teka-Teki Gelak Ketawa

"Kenapa lelaki perlu beristeri tiga... ."
Jawapannya kerana :
kerana kalau kawin satu isONE
kalau kawin dua isTWO
kalau kawin tiga barulah isTERI... ..

SENYUM pada orang tua tanda sayang.
SENYUM pada kanak-kanak tanda kasih.
SENYUM pada kekasih tanda cinta.
SENYUM depan telefon tanda gila,
masih SENYUM lagi... memang sah GILA!

" Manusia jatuh CinTa??Tak heran... "
Kuda makan RuMpuT?? Tak aneh...
MONYET pandai picit TETIKUS?? HEBAT!!!! ( MOUSE )
MASIH PICIT??
LUAR BIASA!!!!

"Cinta..ibarat kentut... "
makin dipendam makin gelisah...
bila di lepaskan ... ... .
ahhhhhhh lega rasanya... ... .

Aku terpaku dek renungan matamu,
hatiku tertanya-tanya, BENARKAH ini?
nafas ku tertahan, kau tunduk SEGAN..
lalu ku bertanya, "kau..kentutkan?"

"... bila hidupmu dlm kegelapan, "
maka berdoalah; dan apabila selesai berdoa, jika kegelapan masih mengelilingimu maka bayarlah bil letrik yang tertunggak tu!!

Lelaki Sejati

Aku bertanya pada Ibuku, bagaimanakah lelaki sejati itu ?

Ibuku menjawab, Nak...

Laki-laki Sejati bukanlah dilihat dari bahunya yang
kekar, tetapi dari kasih sayangnya pada orang
disekitarnya....

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari suaranya yang
lantang, tetapi dari kelembutannya mengatakan
kebenaran.....

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari jumlah
sahabat di sekitarnya, tetapi dari sikap
bersahabatnya pada generasi muda bangsa...

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari bagaimana dia
di hormati ditempat bekerja, tetapi bagaimana dia
dihormati didalam rumah...

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari kerasnya
pukulan, tetapi dari sikap bijaknya memahami
persoalan...

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari dadanya yang
bidang, tetapi dari hati yang ada dibalik itu...

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari banyaknya
wanita yang memuja, tetapi komitmennya terhadap
wanita yang dicintainya...

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari jumlah tanggungjawab
yang dibebankan, tetapi dari tabahnya dia menghadapi
lika-liku kehidupan...

Laki-laki Sejati bukanlah dilihat dari rajinnya
membaca kitab suci, tetapi dari konsistennya dia
menjalankan apa yang ia baca..



http://www.kahkahkah.mnazman.com/modules/newbb/viewtopic.php?topic_id=76&forum=5&post_id=204#forumpost204

Wednesday, July 2, 2008

SINAR CAHAYA AYAT KURSI

Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehingga Baginda mendengar jawaban salam dari isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.



Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:


• Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya,
Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh

• Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu,
dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

• Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur,Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.

• Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap shalat fardhu,
Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur,setiap perbuatan orang yang benar,pahala nabi2,serta Allah melimpahkan rahmat padanya

• Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

• Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

• Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan niscaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda,
"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

"Utamakan SELAMAT dan SEHAT untuk Dunia-mu, utamakan SHOLATdan ZAKAT untuk Akhirat-mu" Subhanallah... Tujuh kalimat Sabda Rasulullah S.A.W " Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "

• Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
• Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
• Mengucap Astagfirullah jika lidah tersilap perkataan yang tidak patut
• Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
• Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
• Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.
• Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah- mudahan ingat, walau lambat-lambat, mudah- mudahan selalu, walau sambil lalu mudah- mudahan jadi bisa, karena sudah biasa!



Tuesday, July 1, 2008

v!rg!N???

Pagi ni aku baca metro online,satu cerita yang menarik yg aku baca bertajuk "Terdesak tutup noda".Mulanya aku ingat cerita budak ternoda.Tapi rupanya cerita tentang pemulihan "selaput dara".memiliki selaput dara ‘tiruan’.Macam-macam zaman sekarang ni.cuba bc pengakuan ni,

“Saya sanggup keluar belanja RM4,000 untuk melakukan pembedahan pemulihan selaput dara semata-mata bagi meyakinkan suami saya masih suci pada malam pertama perkahwinan,”

perghhh giler...sanggup 2 kuar duit byk2 semata2 utk tu..tp bgs la niat dia baik.xnak laki dia kecewa.Tp 2 da membohong namanya..kesannya pada wanita lain yg masih virgin.bila adanya benda mcm ni,mgkn lelaki skrg ni tidak akan percaya pd wanita lg.mcm xde beza la virgin ngn xvirgin klu leh wat cm2..btol x?hmmm...kenapa tak terus terang jek kn?klu laki 2 syg kite Insya Allah dia mesti terima kite adanya..

dan dlm artikel ni lg,mengikut pakar sakit puan mengatakan,

“Jahitan pemulihan dara hanya bersifat kosmetik dan ia hanya berfungsi merapatkan kembali selaput berkenaan, tapi tidak mungkin kembali seperti asal."

“Seseorang gadis dinasihatkan melakukan pembedahan pemulihan dara tidak lebih seminggu sebelum malam pertamanya dan jahitan itu hanya kekal sehingga dia melakukan persetubuhan bersama pasangannya itu,” katanya.

Pakar sakit puan itu berkata, secara lazimnya, bukan semua persetubuhan kali pertama menyebabkan pendarahan berikutan selaput dara pecah, sebaliknya bergantung kepada keadaan lapisan dara seseorang wanita.

Menurutnya, mengikut suatu kajian di luar negara, hanya 43 peratus wanita dilaporkan mengalami pendarahan ketika pertama kali melakukan hubungan seks.

Tambahan pula, katanya, selaput dara bukan penentu seseorang wanita itu masih dara atau tidak kerana perubatan moden menunjukkan ada wanita dilahirkan dengan selaput dara terkoyak.“Selaput dara boleh terkoyak akibat aktiviti lasak atau berpunca daripada hubungan seksual. Oleh itu, tindakan segelintir gadis memulihkan daranya dengan niat buruk boleh dianggap sebagai perbuatan tidak mendatangkan sebarang faedah,” katanya.

Sementara itu, Penasihat Sakit Puan dan Ginekologi Hospital Pakar Johor, Dr Terence Teoh, berkata kebiasaannya lelaki tidak dapat menentukan sama isterinya dara atau tidak dengan melakukan hubungan kelamin pada malam pertama.

Beliau berkata, tindakan meletakkan kain putih untuk mengesan ‘darah’ seperti amalan pada zaman dulu tidak semestinya benar kerana wanita hanya akan ‘berdarah’ jika selaputnya pecah pada malam itu.

Menurutnya, secara umumnya selaput dara ada lubang sebagai laluan darah haid tetapi saiz lubang itu berbeza antara wanita, ada yang kecil dan besar sehingga tidak terkoyak atau hanya terkoyak sedikit walaupun dengan kemasukan zakar.“

Ada juga wanita yang mempunyai selaput dara elastik dan kekal walaupun banyak kali bersetubuh. Rawatan berkenaan sebenarnya tidak diperlukan. Jika masalah selaput dara boleh menyebabkan keruntuhan rumah tangga, ia tindakan tidak munasabah.

“Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga perlu berfikir secara matang kerana kebahagiaan rumah tangga bukan terletak pada selaput dara semata-mata. Terdapat banyak faktor boleh menyebabkan ia terkoyak,” katanya.

memang bg lelaki,virgin sangat penting.tp zaman skrg ni,mcm mana nak percaya wanita 2 masih viirgin klu dah ade kaedah rawatan mcm ni? senang la bdk pmpn skg nih,ilang virgin,wat rawatan,then jd virgin blk...hmmmm xbgs la adenya benda2 mcm ni.....