Pagi ni aku baca metro online,satu cerita yang menarik yg aku baca bertajuk "Terdesak tutup noda".Mulanya aku ingat cerita budak ternoda.Tapi rupanya cerita tentang pemulihan "selaput dara".memiliki selaput dara ‘tiruan’.Macam-macam zaman sekarang ni.cuba bc pengakuan ni,
“Saya sanggup keluar belanja RM4,000 untuk melakukan pembedahan pemulihan selaput dara semata-mata bagi meyakinkan suami saya masih suci pada malam pertama perkahwinan,”
perghhh giler...sanggup 2 kuar duit byk2 semata2 utk tu..tp bgs la niat dia baik.xnak laki dia kecewa.Tp 2 da membohong namanya..kesannya pada wanita lain yg masih virgin.bila adanya benda mcm ni,mgkn lelaki skrg ni tidak akan percaya pd wanita lg.mcm xde beza la virgin ngn xvirgin klu leh wat cm2..btol x?hmmm...kenapa tak terus terang jek kn?klu laki 2 syg kite Insya Allah dia mesti terima kite adanya..
dan dlm artikel ni lg,mengikut pakar sakit puan mengatakan,
“Jahitan pemulihan dara hanya bersifat kosmetik dan ia hanya berfungsi merapatkan kembali selaput berkenaan, tapi tidak mungkin kembali seperti asal."
“Seseorang gadis dinasihatkan melakukan pembedahan pemulihan dara tidak lebih seminggu sebelum malam pertamanya dan jahitan itu hanya kekal sehingga dia melakukan persetubuhan bersama pasangannya itu,” katanya.
Pakar sakit puan itu berkata, secara lazimnya, bukan semua persetubuhan kali pertama menyebabkan pendarahan berikutan selaput dara pecah, sebaliknya bergantung kepada keadaan lapisan dara seseorang wanita.
Menurutnya, mengikut suatu kajian di luar negara, hanya 43 peratus wanita dilaporkan mengalami pendarahan ketika pertama kali melakukan hubungan seks.
Tambahan pula, katanya, selaput dara bukan penentu seseorang wanita itu masih dara atau tidak kerana perubatan moden menunjukkan ada wanita dilahirkan dengan selaput dara terkoyak.“Selaput dara boleh terkoyak akibat aktiviti lasak atau berpunca daripada hubungan seksual. Oleh itu, tindakan segelintir gadis memulihkan daranya dengan niat buruk boleh dianggap sebagai perbuatan tidak mendatangkan sebarang faedah,” katanya.
Sementara itu, Penasihat Sakit Puan dan Ginekologi Hospital Pakar Johor, Dr Terence Teoh, berkata kebiasaannya lelaki tidak dapat menentukan sama isterinya dara atau tidak dengan melakukan hubungan kelamin pada malam pertama.
Beliau berkata, tindakan meletakkan kain putih untuk mengesan ‘darah’ seperti amalan pada zaman dulu tidak semestinya benar kerana wanita hanya akan ‘berdarah’ jika selaputnya pecah pada malam itu.
Menurutnya, secara umumnya selaput dara ada lubang sebagai laluan darah haid tetapi saiz lubang itu berbeza antara wanita, ada yang kecil dan besar sehingga tidak terkoyak atau hanya terkoyak sedikit walaupun dengan kemasukan zakar.“
Ada juga wanita yang mempunyai selaput dara elastik dan kekal walaupun banyak kali bersetubuh. Rawatan berkenaan sebenarnya tidak diperlukan. Jika masalah selaput dara boleh menyebabkan keruntuhan rumah tangga, ia tindakan tidak munasabah.
“Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga perlu berfikir secara matang kerana kebahagiaan rumah tangga bukan terletak pada selaput dara semata-mata. Terdapat banyak faktor boleh menyebabkan ia terkoyak,” katanya.
memang bg lelaki,virgin sangat penting.tp zaman skrg ni,mcm mana nak percaya wanita 2 masih viirgin klu dah ade kaedah rawatan mcm ni? senang la bdk pmpn skg nih,ilang virgin,wat rawatan,then jd virgin blk...hmmmm xbgs la adenya benda2 mcm ni.....
No comments:
Post a Comment