Friday, August 22, 2008

SELAMAT DATANG RAMADHAN AL MUBARAK







Sejarah Ramadhan
  • Ramadhan: ertinya panas terik
  • Bulan di turunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadhana)
  • Berlakunya perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan
  • Bulan dimana nabi mengambil balik Mekah dari tangan Musyrikin dan berakhirnya penyembahan berhala.
  • Di dalamnya dipilih ada malam al-qadar yakni lebih baik drpd 1000 bulan
  • Di pilih untuk ibadat puasa
  • Di pilih untuk ibadat2 lain (tadarus Al Quran)

Kelebihan Bulan Ramadhan

  • Kamu akan di naungi Ramadhan. (bagi yg telah meninggal dunia terlepas dari siksa kubur)
  • Bulan penuh keberatan
  • Di malamnya ada lebih baik drpd 1000 bulan
  • Amal sunat sama dengan solat fardhu
  • Manakala solat fardhu mendpt 70 kali ganMemberi buka banyak pahala
  • Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga
  • Bulan menambah rezeki
  • Bulan keampunan
    * doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa.
    * juga doa pada sepertiga malam.
  • hari pertama adalah mulanya rahmat, 10 hari pertengahan - pengampunan, 10 hari terakhir - kemerdekaan api neraka.

Amalan-amalan di bulan Ramadhan

  • Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
  • Menempah pakaian untuk Ramadhan
  • Niat puasa sebulan pd permulaan Ramadhan
  • Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam
  • Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat)
  • Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian)
  • Solat berjemaah setiap waktu
  • Amalkan Qiyamulail walaupun pendek
  • Solat jemaah di masjid/surau
  • Sahur diwaktu akhir
  • Sahur - utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu
  • Mandi Janabat sebelum Imsak
  • Kurangkan tidur
  • Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
  • Tunaikan Solat Dhuha
  • Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)
  • Tunaikan solat Rawatib
  • Jaga pacaindera
  • Elakkan gosok gigi pd waktu petang
  • hadiri majlis ilmu
  • Buat baik pd ibubapa
  • Isteri hendaklah taat pd suami
  • Banyakkan bersedekah
  • Berbuka dgn 3 biji kurma dan air yg belum dipanaskan oleh api
  • Berbuka bersama org tua
  • Jemput tetamu berbuka
  • kurangkan berat badan
  • Banyakkan i'tikaf di masjid (lelaki sahaja)
  • Baiki hubungan suami isteri
  • Baiki hubungan Kuatkan kesabaran
    jiran
  • Isteri jauhi drpd keluar memakai mekap & perhiasan
  • Elakkan berbelanja berlebihan
  • Banyakkan selawat,istighfar,bertasbih
  • Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)
  • Mengejut anak dan isteri di mlm Lailatul Qadar
  • Elakkan menonton TV yg mengandungi nafsu
  • Elakkan mendengar radio berunsur hiburan
  • Berdoa dgn nada lembut dan merayu
  • Jauhkan bercumbu dgn suami/isteri
  • Mendoakan ibu bapa samaa
  • da hidup atau yg meninggal dunia
  • Melazimkan solat waktu
  • Elakkan sebelum berbuka bersiar2 yg menjadikan pandangan liar
  • Elakkan banyak berhutang
  • Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang
  • Tunaikan zakat fitrah

Cara Beramal Di Malam Lailatul Qadar (Malam 21-30)


1) Kepada Orang Tua Lemah Cara beramal solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah di masjid/surau, ini sudah dikira beramal Al Qadar
2) Orang yg tidak sanggup solat malam yang panjang
* Baca ayat akhir surah Al Baqarah
* Baca ayat Kursi
* Baca surah Yaasin
* Baca surah Al Zalazah
* Baca surah Al Qafirun
* Baca surah Al Ikhlas

3) Bagi orang yamg kuat dan cergas
* Bangunkan isteri dan anak
* Mandi
* Solat malam - Tahajjud, Taubat, Tasbih, Hajat, Istikharah, dan baca Al Quran


NUZUL Al QURAN ( 17 Ramadhan )
* Tarikh turunnya Al Quran
* Beramallah di malamnya dengan solat malam dan amal2 yg baik

Cara Sambut Hari Raya
Jangan sekali2 disambut dgn hiburan, mercun, pesta lampu dan berbagai kemungkaran dan kemaksiatan. Pada petang akhir Ramadhan org2 yg meninggal(sudah mati) menangis kerana peluang untukberehat telah berakhir. Adalah di cadangkan semoga keluarga menziarahi kubur pada petang akhir Ramadhan atau jika kuburnya jauh, hendaklah dibaca doa Tahlil selepas solat Asar. Semoga mereka diampuni. Ibnu Abbas r.a pernah mengatakan bahawa roh orang yg meninggal dunia dibenarkan pulang ke rumah anak2nya dan berdiri di pintu rumah memohon belas kasihan drpd anak2 mengirimkan bacaan doa, sekurang2nya Al Fatihah sekali utk mereka. Oleh itu janganlah terlalu gembira dan ingatlah org2 tua yg sudah meninggal, semoga nanti sampai giliran kita
maka anak2 akan ingat kpd kita.
Takbir Di Malam Raya
Takbir sebenarnya mempunyai cerita di sebaliknya. Mengikut riwayat, bermula dari peperangan Ahzab. Peperangan berlaku di dalam musim sejuk, kemudian Salman Al Farisi mencadangkan supaya di gali parit (Khandak) di akhirnya peperangan ini di beri pertolongan oleh Allah dan kemudian dirakamkan di dalam Takbir.
Kesimpulannya
Bulan Ramadhan datang setahun sekali dan ia sebaik2 bulan, penuh
keberkatan, pengajaran, mendidik mempunyai ketahanan dan penuh dgn amalan-amalan untuk mendekatkan diri kpd Allah dan hubungan sesama manusia. Oleh itu bersiap sedialah dari awal supaya ia benar2 mengubah sikap yg baik dan seterusnya menjadi insan yg soleh/solehah. Semoga dipertemukan di Ramadhan yang akan datang.
*Doa utk menghilangkan baran, maklumlah waktu lapar memang lekas naik angin....
Rujuk kepada Surah Al-Anbiyakk ayat ke 69. Sebelum minum baca doa dan tiupkan pada air (utk diri sendiri,anak,suami dll). Insyaallah cuba amalkan.


Wallahua'llam.
SELAMAT BERPUASA...





    No comments: