Thursday, June 19, 2008

+siHat tUbUh bAdAN+


بسم الله الرحمن الرحيم
ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮ ﻡﻜﻴﻠﻋ ﻢﻼﺴﻠﺍ
  • ISI PERUT KOSONG
    dengan buah

    Buah sepatutnya diambil sebelum waktu makan, bukannya selepas makan. Cara yg paling baik, buah perlu dimakan semasa perut berada dlm keadaan kosong. Ia juga membantu menyahtoksin sistem badan, di samping membekalkan tenaga utk pengurangan berat badan dan lain2 aktiviti. Oleh krn buah cepat hadam, ia sepatutnya berada di bahagian usus paling bawah, sebelum makanan lain. Jika buah berada di atas, segala makanan yg dimakan akan mengambil masa yg lama utk dicerna dan dikhuatiri ianya akan menjadi asid. Sebagai penyelesaian, pastikan anda memakan buah terlebih dahulu. Kemudian, barulah anda mengambil makanan seperti biasa agar sistem percernaan berfungsi dgn baik.


    Makanan Darat Vs Makanan Laut

    Makan nasi campur memang sedap, tapi pastikan lauk pauknya tidak memberi mudarat pada kesihatan. Makanan darat dan makanan laut sememangnya tidak boleh dimakan dlm satu pinggan. Para sainstis mandapati ion positif di dalam daging ayam (cth makanan darat) dan ion negatif di dalam daging ikan (cth makanan laut) yg disatukan akan menghasilkan tindak balas kimia. Tindak balas ini akan merosakkan sistem usus manusia. Sebaiknya, asingkan dahulu drp mencampurkannya di dalam satu pinggan.

    Minum Air Selepas Bangun Tidur

    Dunia perubatan Jepun berjaya membuktikan terapi rawatan air mampu mengubati penyakit yg sudah lama, baru dan begitu serius. Antaranya sakit kepala, arthritis, degup jantung laju, epilepsi, bronkitis, asma, TB, gastrik, cirit-birit, diabetes, sembelit, semua penyakit mata, kanser serta penyakit yg melibatkan hidung, telinga dan tekak. Utk penyembuhan secara semulajadi dan selamat, minumlah air setiap kali anda bangun pagi (sebelum anda membersihkan diri). Air suam adalah yg terbaik dan minumlah dlm anggaran satu hingga dua gelas setiap hari.


    MINUM AIR SUAM utk legakan penyakit

    Minumlah air suam yg bersuhu antara 42 hingga 44C sebyk empat hingga enam gelas dgn cepat sehingga anda berasa seperti hendak muntah. Lakukan secara mencangkung. Kemudian, bangun dgn segera, bongokkan badan dan masukkan tiga jari ke belakang anak tekak utk memuntahkan air itu. Teruskan hingga kesemua air telah dimuntahkan dan perut menjadi kosong. Cara rawatan ini boleh dilakukan sekali seminggu utk menyembuhkan penyakit.


    AIR SEJUK baik untuk tubuh

    Kebanyakkan kita berfikir bahawa mandi dgn air sejuk akan menyebabkan selesema dan sakit urut. Ini tidak benar. Tiada yg lebih menyegarkan drp mandi dgn air sejuk selepas bangun tidur. Mandi dgn air sejuk merangsang perjalanan darah dan mengaktifkan sistem saraf. Kesan ransangan ini menyegarkan seseorang drp mengantuk, akibat tidur yg berlebihan serta keletihan mental dan fizikal. Namun, mereka yg menderitai penyakit jantung, lemah jantung, deman selesema yg teruk, deman dan lelah, tidak digalakkan mandi dgn air sejuk.




    "takut biarlah bertempat,berani biarlah berdisplin,tawaduk jangan sampai menghina diri,menghukum jangan sampai berlebih-lebihan,malu tidak dalam semua hal."

    "Sesungguhnya Allah tidak melihat bentuk tubuhmu dan tidak pula melihat ketampananmu, tetapi Allah melihat hatimu." (H.R. Muslim)
    ﻢﻼﺴﻠﺍﻮ

No comments: