RASULULLAH saw bersabda, yang bermaksud: "Seorang isteri yang
bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah hingga
ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon
kerelaannya. "
Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya
kerana senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan yang sebenarnya
dikehendaki suami ketika pulang dalam keletihan.
Muka yang masam bukan saja akan menimbulkan kemarahan suami,
malahan menyebabkan Allah turut murka dan kemurkaan Allah itu berkekalan
hingga isteri berjaya mengembalikan suasana gembira serta memohon
keampunan daripada suami.
Sesungguhnya keredaan Allah terletak pada keredaan suami.
Justeru, apabila suami pulang segeralah bukakan pintu, persilakan masuk
dengan penuh hormat dan ciumlah tangan suami sebagai tanda hormat serta
meminta maaf, walaupun isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan
pada hari itu.
Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami
bersalaman dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa dari celah-celah
jari mereka berdua.
Andai mempunyai anak-anak, ajarlah mereka itu untuk selalu
bersalaman dengan ayahnya kerana kelaziman akan memupuk rasa kasih dan
hormat anak-anak kepada orang tua.
Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti
isteri. Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna
layanannya terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi
penghibur dalam rumahtangga.
Oleh itu wahai isteri, hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi
seorang isteri yang solehah, yang bertakwa, berakhlak mulia dan taat
kepada suami.
Rasulullah bersabda, yang bermaksud: "Sungguh-sungguh memintakan
ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu
burung-burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama
dia sentiasa dalam kerelaan suaminya."
Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas, maka banyakkan
mencari keredaan Allah melalui keredaan suami.

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah
dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada
kehebatan Rabbmu, ..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat
kepada Dzat yang Memiliki mu."
"sampaikanlah walau satu ayat" al hadis

No comments:
Post a Comment