Sunday, July 13, 2008

Kesan Zikir Terhadap Otak Manusia

Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabk an untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.





Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.

Thursday, July 10, 2008

Rahsia 13

Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu......

1 - Niat Sembahyang :
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.


2 - Berdiri Betul :
Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 - Takbir-ratul Ihram :
Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 - Fatihah :
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5 - Ruqu' :
Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 - I'tidal :
Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.

7 - Sujud :
Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 - Duduk antara 2 Sujud :
Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) :
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

1 0 - Tahhiyat Akhir :
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11 - Selawat Nabi :
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 - Salam :
Memelihara kita di dalam kubur.

13 - Tertib :
Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.




Wajah & Hati Yang Cantik

info yang boleh dikongsi bersama kawan2.

· Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minimal 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menetes dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo'a.

· Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah 'olahraga'. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do'a.

· Untuk
pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaqku). (HR Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN

· Untuk punya
bibir cantik , bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takabur.

· Agar
tubuh langsing , mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

· Untuk
mengembangkan diri , sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi

Tuesday, July 8, 2008

Jalan2 tGk jErUNg @ cAre4 AmpUNk

Care4 Ampang
Ahad, 6.7.08, 5p.m
Ahad lps btol2 bosan.pagi aku kn keje kt kdi cake ganti feeza..dia blk kg katenye.ntah btol ke tak aku pn xtau..balik kj rehat tdo kat umh..ptg mak aku kol suh amik blk kj.otw antar mak aku blk umh,nampak lak banner kt jln psl jerung kt care4...btol kew?excited aku ngn laki aku nak g tgk..betul kew? tgk pic jerung 2 ngn gigi rs excited giler nk g tgk..then pas antar mak,kitorg pn g la care4..nsb dekat jek ngn umh aku..save minyak..hehehhe....
rmai tol otg..aku dok pkr mesti diorg smua mcm aku gak..excited nk tgk jerung..then aku ngn laki aku pn msk la cr kt mn tmpt jerung 2....smpi je, hampeh tol...igtkn jerung besar dlm kolam ke ape rupenye ank jerung dlm aquarium jek...cam bodoh jek...tp xpew la ank jerung pn jerung la...aku gelakkn laki aku..hahahha ..sb dia yg over excited..hehehhehe....
*sian abg...........

ha,ni la anak jerung yg excited sgt kitorg nk tgk 2...hehehehehehe

tp ok la ade gak ikan2 lain..laki aku suke la benda2 nih.. nm pn kaki pancing 4 sure suke ngn ikan..
yg kt atas ni lak pari...1st time tgk pari live ni..hehehe.jakun tol aku ni..klu pari yg da ptg2 yg mak aku wat msk asam pedas 2 slalu la aku tgk.hehehe

yg ni lak ikan baung namanye..ikn nih dok diam je..xmcm ikn2 lain gedik kehulur kehilir..hehehhe

cantik ikn ni....

ni plak ikan belide namenye...name bkn main pelik..ptt pn rupe pelik....


ni ikan rohu plak...

yg beso lebar ni ikan pacu namenye...beso n lebar..klu msk puas hati nih..byk isi..hehehe

n yg last ni ikan ape ntah aku lupe lak nk tnye laki aku...ikn ni kck2.cm yg menarik ade no disetiap bdn ikan2 nih...cb korg perhati btl2...nombor 2 kaler mearh..klu cina yg gile nombor2 ong,mesti beli ikn nih....yg abg kt blkg tuh tau aku nk amik pic,sebuk je kt c2...

sebenarnye byk lg ikn kt c2,ikan mas la,ketam la,mmm mcm2 lg la...tp aku mls nk amik pic..org rmi sgt..aku lemassssss...pe la diorg ni kn,klu nk wat pameran cmni,amik la bapak jerung..baru syok tgk....msk pki ticket pn xpew...ni,stakat ank jerung...hmmm...saje je nk wat kitorg dtg shopg kt c2..dr niat dtg tgk ikn da jd shopg lak..habis duit laki aku...hehehehhehe..........

lesson: jgn terpengaruh dgn iklan semata2...hehehhe

Friday, July 4, 2008

Minda: Suburkan kasih sayang dengan mengawal marah

SEBAGAI manusia, sifat marah memang ada dalam hati dan jiwa seseorang. Bagaimanapun, sifat marah boleh dikawal agar tidak berleluasa daripada menyelubungi perasaan dan tindakan kita.
Pakar psikologi menyatakan sifat marah biasanya berpunca daripada sesuatu sebab atau kesan yang menyebabkan seseorang itu melahirkannya dalam bentuk tindakan dan berasa tidak selesa apabila tidak berbuat demikian.

Menurut ahli sufi, marah disebabkan kepenuhan darah hati dan bertujuan membalas dendam terhadap seseorang.
Rasulullah s.a.w pernah menasihatkan Mu’awiyah: “Wahai Mu’awiyah, jauhkan olehmu sifat marah, kerana marah itu dapat merosakkan iman seseorang sebagaimana pahit jadam merosakkan madu yang manis.” Marah berasal daripada syaitan, kerana syaitan dijadikan daripada api dan ia hanya dapat dibunuh dengan air. Justeru, Nabi menasihatkan agar orang yang sedang marah mengambil wuduk. Dalam sebuah hadis Qudsi, Allah s.w.t berfirman bermaksud: “Wahai anak Adam, sebutlah nama-Ku apabila engkau marah, supaya Aku ingat pula akan engkau, dengan demikian apabila Aku marah tidaklah Aku menurunkan malapetaka atasmu.”

Itulah sebabnya satu daripada amal terbaik ialah menahan diri ketika marah dan sabar sewaktu hawa nafsu meluap-luap. Dapat dinilai orang yang baik itu harus nampak kebaikannya ketika marah bukan pada ketika dia riang gembira. Rasa takut kepada Allah dapat menghilangkan rasa marah kerana marah itu datang ketika seseorang melupakan Tuhannya. Hanya Allah berhak marah terhadap hamba-Nya yang ingkar dan melakukan kemaksiatan. Kemarahan akan menghancurkan segala kebaikan yang ada. Kita sebagai hamba patutlah mengawal kemarahan supaya tidak menjadi mangsa malapetaka yang boleh terjadi akibat kemarahan.

Sebagai bapa atau ibu, sifat marah anak ini patut dikawal sebaiknya agar mereka tidak menjadi mangsa kemarahan tanpa sebab dan anak tidak akan menyimpan dendam terhadap kemarahan ibu bapa mereka. Islam mengajar umatnya mengambil berat perihal hubungan murni antara anak dengan ibu bapa. Ia teras penting dalam kehidupan rumah tangga.Sementara anak pula wajib menghormati ibu bapa selagi mereka tidak menyuruh kepada perkara dilarang Allah. Ia penghormatan terhadap insan yang melahir dan mendidik mereka. Seseorang anak mestilah menjaga lidahnya supaya tidak memarahi ibu bapa mereka, apatah lagi apabila kedua-duanya tua dan uzur.

Allah menegaskan dalam al-Quran yang bermaksud: “Jika salah seorang daripada kedua-duanya (ibu bapa), atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ah!” dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (bersopan santun).” (Surah Al-Isra:23)

Di pihak ibu bapa pula, sikap sayang menyayangi antara anak dan ibu bapa harus diwujudkan dalam rumah tangga. Hindarilah sifat marah tanpa sebab kerana ia boleh menjadi punca renggang kasih sayang antara anak dan ibu bapa.Keluarga bahagia memang menjadi idaman setiap insan. Namun, sepanjang hidup sebumbung ada ketikanya suami marah terhadap isteri, terhadap anak, hal kewangan, makanan dan bermacam-macam lagi hal rumah tangga. Begitu juga sikap sesetengah ibu yang suka berleter kerana rumah tidak berkemas, atau sampah bertaburan di luar rumah, pinggan mangkuk dan kain baju tidak dibasuh.

Apa pun puncanya, sifat marah keterlaluan boleh mengeruhkan suasana hingga menjejaskan hubungan kasih sayang antara suami isteri, ibu bapa dan anak. Hubungan boleh menjadi renggang, boleh menimbulkan penderaan terhadap anak ataupun lebih buruk lagi perceraian suami isteri.Sifat marah juga boleh merosakkan dan mengakibatkan kemusnahan jika tidak dikawal dengan hati yang rasional dan fikiran tenang.

Firman Allah yang bermaksud: “Berlaku kerosakan di daratan dan lautan (akibat) daripada perbuatan tangan manusia supaya kami rasakan kepada mereka sebahagian daripada perbuatan mereka itu, semoga mereka akan kembali.” (Surah ar-Rum: 41)

Dalam hal ini, kita harus mengambil sikap toleransi dan persefahaman sesama manusia. Elakkan sebab atau punca yang boleh menyebabkan orang lain memarahi kita. Sifat marah yang tidak terkawal boleh mengakibatkan kerosakan. Marah memang sifat semula jadi manusia, berpunca daripada keadaan tidak adil, disindir, dihina, dituduh bukan-bukan, diperalat, difitnah dan diancam kehilangan sesuatu yang berharga.

-Jika kita berhadapan dengan orang sedang marah, cubalah hadapi dengan langkah berikut:
-Beri peluang orang sedang marah itu bercakap atau meluahkan terlebih dahulu punca kemarahannya.
-Ketika berhadapan dengan individu sedang marah, jangan menyampuk dan merendahkannya.
-Kaji punca kemarahannya dan cuba atasi. Sekiranya berpunca daripada kesilapan kita, mintalah maaf daripadanya.
-Cubalah bertanya beberapa soalan bagi membantu menyelesaikan masalahnya. Terima kemarahannya dengan tenang.

dipetik dari Harian Metro, Jumaat 4/7/08